terimak kaseh sudi klik

Pengekot Palak Setan

sapa sik klik can apek

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.....tok adalah ulasan saya mengenai BERSIH .....ulasan tok dipolah setelah membuat penelitian dan mengkaji dari kedua-dua pihak...sila lah baca dan dengar apa yang saya nak luahkan....ini adalah pandangan saya selaku MEDIA BEBAS ....walaupun agak lambat baruk nak komen,tapi i sik uli coz saya lamak tok saya diam and merati lok...

*entry tok adalah pandangan peribadi saya dan saya berhujah berdasarkan fakta dan pemerhatian saya....jika anda tidak bersetuju terpulang kepada anda...kerana setiap orang ada pandangan dari sudut masing-masing k..

jika anda sik suka kah suka kah....terpulang pada anda...kerana sekali lagik saya nak ngingat tok adalah pandangan peribadi (sikda urang ngacu pistol atau pisok belakang saya semasa saya naip entry tok)


jika ada tersilap kata silap ayat mintak maap k...sebab saya sik pandey gik nak meluahkannya make words...mun suroh tak urang saya kelaka pandey saya
 



ok....sebelum saya memulakan hujah saya (eceh).....saya  bersetuju kepada tuntutan bersih tok iaitu 

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

 which is semua permintaan atau tuntutan sidak adalah untok ketelusan dan integriti.....which is good dan menunjukkan kita peka and makin sensitif tentang isu politik negara...tapi perlaksanaan melalui PERHIMPUNAN saya sik berstuju...why????



1) dengar Titah Yang Dipertuan Agong



Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara – BERNAMA
ulasan saya:
tujuan utama nak serahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong nak....kenak sik boleh serah ajak....perlukah berlarak???kelak MUN DISUROH MOLAH KERJA MACAM2 pandey kita bengut-bengut ataupun ngerepak contoh : nak renew lesen isik borang tok antar ke department tok then department tok antar ke opis tok kakya opis ya tek hantar balit ke department tek balit baruk dapat renew lesen...nakkah bisin mulut kita komplen.....(paham sik kitak urang nak kerepak saya....lebih kurang mun disuruh hantar,hantar jaklah sik payah nak belarak)


dah dipesan Agong jangan ngekot olahan orang dari luar negara nok belarak-larak kedak ya....bagus ya hasilnya kita diat???? kita mpun nangga nak kesudahannya giney....we are MALAYSIAN kita BERTAMADUN...so gunakan kaedah RUNDINGAN seperti apa yang dititah AGONG.....


seterusnya sik kitak urang ingatkah tragedi 13 MEI.....mun sik segal BERLARAK sik SIDAK BERBUNOH ko.....sik cukupkah pengajaran tok??? conto giney gik mauk kitak urang???

seterusnya.....mun anak kita (yang dah beranak)kah, anak buah (yang belom beranak)kah, miak kecik (bagi yang lom ada anak buah dan beranak)kah waima anak murid (dak cikgu-cikgi)kah......sik dengar arahan kita....pandey kita MOHA and pandey kita nganok sidak bengkeng,engkar,entingai and e.t.c......nar sik? tok kita sik ngekot kata KETUA NEGARA....aihhh....sikkah kita sama kategori ngan MIAK NAK KITA PADAH BENGKENG,ENGKAR,ENTINGAI n ETC tek....mun dah sik ngekot kata ketua,COBA AWAK JADI KETUA GAK....saya NAK NANGGA.....yaaahhhhh


2) lepas ndiat gambar-gambar....especially gambar tok:

caption gambar ya: kemerdekaan negara kita dicapai melalui demonstarsi jalanan menentang malayan union, demonstrasi budaya kita...


Tok saya nak betulkan sedikit.....kemerdekaan negara kita dicapai melalui rundingan....bukan melalui demonstrasi ok....mun si cayak baca balit kitak orang buku teks sejarah....sikdanya madah kita merdeka disebabkan kita demonstarasi atau belarak pia-pia ajak.....tedah Tunku Abd Rahman and the geng berondeng berkali-kali ke LONDON sik diingat kitak urang....

Lagik sigek kita tok BERTAMADUN and EDUCATED......kitak kan zaman nek roha gik marek....a.k.a zaman jaapar tonggek (kata jaja).......siklah kita asal sik puas ati jak BELARAK.....asal sik puas ati jak BELARAK.....kakya camney masalah nak settle...sik bolehkah kita dudok berondeng bait-baitkan...


sebelom saya ngundor dirik...


Bunyi kilat bunyi guntor,
 Jangan bertapok di dalam peti,
Kalau ada hilap bertutor,
Jangan simpan di dalam ati.



Sekian,terimak kaseh...

 
wariskan sesuatu yang indah kepada anak-anak kita agar kehidupan mereka lebih sejahtera dan terjamin


* nota kaki
Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia dalam proses mencapai kemerdekaan...oleh itu peliharalah Perpaduan agar kedaulatan, keselamatan dan ketenteraman Negara sentiasa terpelihara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...