terimak kaseh sudi klik

Pengekot Palak Setan

sapa sik klik can apek

Friday, August 12, 2011

Zakat

Assalamualaikum n salam sejahtera....pa habar kitak urang tek? camne posa setakat tok,alhamdulillah sik? atau nauzubillah.....harap-harap alhamdulillah lah owh....ok ritok saya nak crita pasal zakat sikit....

tangan yang memberi lebih baik dari menerima 



Sebelom mengulas lebih lanjut gik...cuba kita tangga apa reti zakat....

Maksud Dari Segi Bahasa:
  • Bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" , "RAHMAT" dan "BERKEMBANG"
  • Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Maksud Dari Syarak:
Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
  • Islam memandang berat tentang kewajipan berzakat
  • Amil sebagai agen dalam memberi kemudahan untuk orang Islam menunaikan zakat
  • Zakat adalah satu kewajipan yang wajid ditunaikan bagi orang yang mempunyai kelebihan harta


Selepas kita nangga reti zakat....kita tangga gik apa peranan zakat tok...

Dari Segi Sosial:
  • Membantu meringankan beban faqir dan miskin
  • Merapatkan Jurang Pemisah antara kaya dan miskin
  • Sumber pembangunan masyarakat
  • Tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi
  • Membersihkan hati
  • Menyucikan harta
  • Menyuburkan harta
Dari Segi Ekonomi
  • Pemangkin guna tenaga
  • Pembasmi kemiskinan
  • Pengagihan kekayaan
  • Peningkatan kekayaan

Ok, adakah anda dah faham apa reti dan peranan zakat??? mun faham bagus...pandey anak-anak cikgu tok....sekarang kita tangga siapa wajib bayar zakat....

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.



Ok....adakah anda cukup syarat-syarat tok? mun dah maksudnya anda WAJIB membayarnya k....sik boleh sik bayar ok....

Apa yang saya nak ulas aritok ialah pasal zakat online....(tok cuma pandangan peribadi saya ajak k....tak lebih dari itu...jangan di salah anggapkan maksud saya k...mintak ampun mintak maap mun salah,k...)

tok adalah salah satu saluran anda boleh mayar zakat secara online

Bagi saya nang bagus kinek tok zakat pun dah boleh mayar online....sejajar dengan perkembangan teknologi...tapi nak, sigek jak saya wonder...kan time kita mayar zakat nya ada akadnya nak...

tok conto....kita mayar zakat....ada besalam n baca akad depan amil

mun online gineylah???

sikkan camtok kan?

Apa-apa pun, terpulang pada anda macamney cara yang anda gunakan asalkan anda mayar zakat k....jangan sik mayar udahlah ye....

apa-apa pun saya lebih suka cara lamak...dari sia terbit keinsafan bila kita mayarnya...

oklah yajak untok aritok.....^_^

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

take k....renung-renungkan dan selamat beramal.....^_^

*nota kaki

gambar semua oleh saya google....seperti biasa


3 comments:

  1. Sik pernah gik bayar ngan sidak Amil ya mpun.. Salu ngn wakil2 sidak jak.. Ingin jak asa berjarah ngn sidaknya...

    ReplyDelete
  2. mirfx:saya kalak mayar ngan amil pun...alhamdulillah lah

    lyndawawa:lom gik.....insyaallah before raya saya mayar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...