last period marek,aku suruh la student form 2B discuss and buat simple dialog perbincangan keluarga waktu makan malam di meja makan.
tok antara dialog yang dipolah sidak
Tema : persiapan menyambut Tahun Baru Cina
Ayah : Tahun Baru Cina hampir datang. Kai Kun semalam kamu sudah membeli meriam daripada saudara?
Kai Kun : Belumlah ayah. Saya mahu membeli daripada kawan saya
Ibu: Ibu tidak setuju, membeli meriam kerana sangat bahaya. Saya juga rasa harganya mahal.
Mei Ling:Saya setuju dengan ibu. Beli sahaja meriam sangat mahal.
Ayah: Saya setuju dengan kata-kata ibu dan Mei ling.Kamu masih budak dan tidak sesuai bermain meriam.Jadi saya tidak setuju kamu membeli meriam.
meriam = mercun
Tema : agihan tugas untuk menyambut Tahun Baru Cina
Ayah : Pada hari tahun baru cina ayah ingin membahagikan tugas kepada apabila tahun baru cina selepas.
Kai Kun : Baik saya menyapu lantai,ia mudah dan senang lagipun saya malas membuat kerja lain.<<<< (ok nak owh,beterus terang)
Ibu:Saya mencadangkan rumah kami mengecat semula supaya rumah kami kelihatan cantik.
Ayah:saya rasa itu satu pandangan yang baik.
Mei Ling:Saya setuju dengan pendapat ibu,mengecatlah rumah kita supaya rumah kita kelihatan baru dan cantik.
Ayah: Saya setuju dengan kata-kata ibu dan Mei ling.
ish ish ish.....penin juak aku baca dialog sidak tok.......tapi dah 2 tahun ngajar ney ndak nak faham dengan bahasanya yg indah ya
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa. <<<<<<<< betul ndakka? hahahahaha
No comments:
Post a Comment